Pembantu Tadbir JKM Gadai Nyawa Selamatkan Rakan Setugas

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tanpa memikirkan keselamatan diri, seorang pembantu tadbir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusaha menyelamatkan rakan-rakannya setelah bot yang mereka naiki semasa misi menyampaikan bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa banjir, terbalik di Felda Seberang Tayor dekat sini pada 4 Dis lepas.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Nasarudin Othman, 26, cedera di kaki kiri semasa membantu lima rakannya iaitu seorang pembantu tadbir JKM, seorang doktor, seorang pembantu perubatan, seorang penolong pembantu perubatan serta pemandu bot menyelamatkan diri.

"Bot yang kami naiki rosak kerana kipas tidak berfungsi. Berikutan itu, puluhan kotak makanan terpaksa dialih ke bot yang memberi bantuan dan kami diarah menunggu di Kampung Pasir Gajah.

"Semasa bot kami cuba berpatah balik, ia melanggar beberapa kabel elektrik yang terjuntai di permukaan air deras menyebabkannya terbalik," katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Seri Geliga di sini Khamis.

Nasarudin berkata beliau berusaha menyelamatkan rakannya dari JKM, Che Khairy Abu Bakar, pembantu perubatan dan penolong pembantu perubatan yang tidak tahu berenang.

Beliau memanjat ke atas bot yang terbalik sebelum menarik seorang demi seorang mangsa dengan bantuan doktor dan pemandu bot.

"Setelah kesemuanya berada di bahagian atas bot, kami berpegangan tangan sebagai langkah keselamatan sambil menjerit meminta tolong," katanya.

Kira-kira 30 minit kemudian, Nasarudin berkata bot yang sebelum itu membawa puluhan kotak makanan ke pusat pemindahan, tiba dan membantu mereka.

"Kami semua dibawa ke tebing sungai dan saya bermalam di dalam sebuah lori yang diletakkan di atas bukit.

"Keesokannya, kami dibawa ke Hospital Kemaman dan diberi rawatan sebagai pesakit luar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan