Lapan Terselamat Helikopter Mendarat Cemas di Tengah Laut Dekat Bintulu

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dua juruterbang dan enam pekerja pelantar minyak terselamat selepas helikopter yang dinaiki mereka terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah laut berikutan cuaca buruk berdekatan pesisir pantai Bintulu pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Mohd Said Ibrahim berkata ketika kejadian helikopter jenis Sikorsky S-76 yang disewa sebuah syarikat petroleum sedang meninjau lokasi penggalian minyak dan gas di kawasan perairan terbabit.

"Helikopter dipandu dua rakyat tempatan itu sedang melakukan tinjau lokasi untuk menggali minyak dan gas. Bagaimanapun akibat cuaca buruk pendaratan cemas terpaksa dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Khamis

Mohd Said berkata kesemua mangsa bernasib baik diselamatkan sebuah kapal yang kebetulan berada di kawasan berkenaan sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Semua mangsa tidak mengalami kecederaan serius, dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Miri, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan