Enam Beranak Cemas Disamun Dengan Parang

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Enam beranak berdepan cetik mencemaskan dalam kejadian empat lelaki bersenjatakan parang menyamun kediaman mereka di Kampung Ulu Luit di sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sendiri kerugian wang tunai RM500, pelbagai jenis barang kemas selain kehilangan sebuah kereta Proton Wira yang dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A Hamid berkata empat suspek yang dipercayai warga asing itu mengumpil pintu belakang rumah mangsa sebelum mengejutkan semua mangsa yang sedang tidur di dalam bilik dan mengumpulkan mangsa di ruang tamu.

"Mangsa bersama isteri dan empat anaknya diikat manakala mulut mereka ditutup dengan pita pelekat. Suspek kemudian menggeledah rumah mangsa," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Menurutnya semua mangsa dapat melepaskan diri setengah jam kemudian sebelum mendapatkan bantuan jiran dan membuat laporan polis di Sri Jaya kira-kira jam 6 pagi.

"Semua suspek memakai topeng, usaha menjejaki suspek giat dijalankan termasuk mengesan kereta Proton Wira milik mangsa yang bernombor CBF 4254," kata Sulaiman.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kerugian mangsa masih disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan