Mayat Lelaki Dibalut Selimut Putih Ditemui Di Berapit

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Misteri bau busuk di kawasan berdekatan Kuari Weng Lee, Berapit di sini terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki yang telah kembung pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata mayat lelaki berbogel dan dibalut selimut putih itu ditemui pada 10.35 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

Katanya berdasarkan keadaan mayat itu, lelaki berkenaan dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di tepi semak kawasan itu.

Beliau berkata, orang awam yang tidak tahan dengan bau busuk telah membuka bungkusan itu dan terkejut mendapati mayat seorang lelaki dengan keadaan kaki dan tangannya terikat.

"Mereka kemudian memaklumkan penemuan itu kepada polis dan siasatan awal mendapati mangsa telah mati sejak beberapa hari lepas dipercayai dibunuh," katanya ketika dihubungi di sini.

Azman berkata polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan