Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Daripada 'Banana Boat'

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.

Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang dekat sini, datang untuk berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada tengah hari Ahad.

Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki 'banana boat'.

Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain untuk bermain 'banana boat'.

Dia telah memberitahu kepada pengusaha bot berkenaan agar tidak membawa botnya terlalu laju.

Bagaimanapun, ketika pengusaha tersebut hendak berpatah balik ke kawasan pantai, dia melakukan 'stunt' yang menyebabkan semua penumpang di atas 'banana boat' terjatuh ke dalam air.

Kanak-kanak lelaki itu hampir lemas namun berjaya diselamatkan selepas diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.

Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Port Dickson.

Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'far di Seremban.

Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk dan mangsa meninggal dunia tengah malam Ahad.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan