APMM Selesai 36 Kes Pemerdagangan, Penyeludupan Migran Sejak 2010

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelesaikan 10 kes pemerdagangan orang dan 26 kes penyeludupan migran dalam tempoh tiga tahun lepas.

Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim APMM Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata kes melibatkan 564 warga asing yang dipercayai cuba diperdagang atau diseludup ke Australia.

Mereka terdiri daripada 278 rakyat Myanmar, 183 warga Indonesia, 60 rakyat Filipina, 35 warga Afghanistan dan lapan dari Pakistan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi bersama APMM dan Perkhidmatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Kerajaan Australia (ACBPS), di sini Selasa.

"Kebanyakan mereka masuk ke Malaysia secara sah serta menginap di hotel beberapa hari dan dibawa anggota sindiket ke Indonesia sebelum ke Christmas Island, Australia," katanya.

Menurut Zulkifli, siasatan mendapati migran terbabit membayar antara US$5,000 dan US$10,000 kepada sindiket yang dianggotai oleh warga tempatan dan juga asing bagi membawa mereka ke Australia

Mengenai operasi itu, beliau berkata ini adalah kali pertama operasi seumpama diadakan, bertujuan menangani kes pemerdagangan dan penyeludupan manusia.

Operasi empat hari bermula pada Selasa melibatkan empat aset APMM bersama 30 penguat kuasa dan operasi memberi tumpuan kepada kawasan yang telah dikenal pasti menjadi jalan keluar-masuk sindiket, katanya.

Menurutnya hasil siasatan dan perkongsian maklumat dengan ACBPS mendapati sindiket lazimnya menggunakan perairan di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka bagi menjalankan kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia.

Majlis turut dihadiri Pegawai Perhubungan Kanan ACBPS Kuala Lumpur Danielle Yannopolous. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan