Kebakaran: Empat Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Haji Salleh, Jalan Sultanah di sini malam Ahad.

Kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu dipercayai berpunca daripada litar pintas di sebuah rumah yang dijadikan bengkel mengecat kenderaan sebelum api merebak ke rumah berhampiran.

Mangsa, Muhamad Zubir Salleh, 45, berkata dia bersama kakak, adik lelaki dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah, sedang menonton televisyen sebelum terdengar bunyi letupan kecil.

Dia kemudiannya keluar rumah dan melihat api marak di bahagian atas rumah yang dijadikan bengkel mengecat kereta itu sebelum menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan bantuan.

"Saya tak sempat nak selamatkan dokumen penting dan barangan berharga. Telefon bimbit dan laptop anak saudara saya semuanya musnah sebab api marak dengan cepat dan kami hanya mampu melihat api bakar rumah pusaka keluarga kami," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam Ahad.

Muhamad Zubir berkata faktor kedudukan rumah berusia puluhan tahun itu terlalu dekat dan struktur rumah dua tingkat diperbuat daripada kayu dan batu menyebabkan api mudah merebak dengan cepat.

Katanya walaupun kerugian lebih RM50,000, dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa.

"Mungkin lepas ini kami akan tinggal buat sementara waktu di rumah saudara mara terdekat sebelum memikirkan cara untuk mendapatkan tempat berteduh yang lain," jelasnya.

Tinjauan mendapati dua buah kereta yang berada di dalam bengkel tersebut turut terbakar dan ketika kejadian pemiliknya dikatakan ke Stadium Darul Aman untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar Mohd Fauzi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.51 malam dan sampai ke tempat kejadian empat minit kemudian.

Katanya pasukannya berjaya mengawal kebakaran pada pukul 11.01 malam dengan kekuatan tiga jentera dan 19 anggota.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian serta punca kejadian dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan