Sepuluh Rakyat Singapura Yang Memiliki Waran Tangkap Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menahan sepuluh rakyat Singapura yang mempunyai waran tangkap atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi Ops Warta di negeri ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan dalam tempoh 12 hari lepas sejak operasi berkenaan dilancar 25 Nov lepas.

"Kesemua mereka kemudian sudah menjelaskan bayaran saman tertunggak yang di hadapi masing-masing," katanya kepada pemberita selepas program Hari Kesedaran Pencegahan Jenayah Kontinjen Johor di pasaraya Tesco Tebrau, di sini, Sabtu.

Mohd Mokhtar berkata secara keseluruhannya pihaknya berjaya mengutip hasil saman dan kompaun sebanyak RM148,520 menerusi 637 waran tangkap dan kompaun yang diselesaikan dari pelbagai pesalah trafik sejak operasi berkenaan dilancarkan.

Sementara itu, mengulas mengenai program pencegahan jenayah terbabit, beliau berkata ia merupakan kerjasama yang baik antara polis dan pihak pasaraya berkenaan dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan kesedaran jenayah di tempat awam.

"Orang ramai bukan sahaja didedahkan dengan pengetahuan mengenai jenayah kekerasan seperti samun dan ragut malah penipuan 'gores dan menang' yang berleluasa ketika ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan