Kilang Peralatan Elektrik Hangus, Kerugian Dianggar RM4 Juta

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang pembekal peralatan elektrik di kawasan perindustrian di Bandar Sunway dekat sini kerugian kira-kira RM4 juta dalam kebakaran pada Ahad.

Penolong Penguasa Bomba, Operasi Zon Petaling Mohammmad Zaikunor Afendi Muhammad Nordin berkata kilang Fortune Electrical Corp (M) Sdn Bhd di Dataran Kompleks 3C, Majlis Perbandaran Subang Jaya itu dilaporkan terbakar pada pukul 7.30 pagi.

Sebaik sahaja menerima panggilan, tiga jentera dengan kekuatan 20 pegawai serta anggota digegaskan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Damansara dan Seksyen 7 Petaling Jaya ke lokasi kebakaran, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tiga buah kilang berhampiran.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan