Mayat Dua Beranak Mangsa Banjir Di Pahang Ditemui

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat dua beranak yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Isap, Rabu lepas ditemui pada Jumaat.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, mayat mangsa pertama, Megat Mohd Nazli Jamali, 17, ditemui orang awam pukul 9.30 pagi Jumaat.

"Mayat Megat Mohd Nazli ditemui di tali air dekat belakang kawasan Taman Guru, manakala mayat bapanya, Jamali Jani, 45, ditemui kira-kira 2.40 petang tidak jauh dari lokasi mayat anaknya itu ditemui," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, polis sudah memaklumkan penemuan mayat kedua-dua beranak itu kepada anggota keluarganya dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam Rabu lepas, dua beranak itu dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang ke bot.

Jamali yang juga anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan dan Megat Mohd Nazli dipercayai terjatuh ke dalam arus deras selepas bot itu terbalik dipercayai melanggar arus pusaran air. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan