Polis Tahan Empat Lelaki, Dipercayai Penyamun Ketika Cuba Elak Diperiksa

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki dipercayai penyamun ditahan polis ketika cuba mengelak daripada diperiksa dalam kejadian di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy di sini Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 5.30 pagi itu, sepasukan polis daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) sedang menjalankan pemeriksaan di hadapan kelab malam terbabit.

Beliau berkata pasukan itu tiba-tiba melihat empat lelaki berumur 23 hingga 40 tahun dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan mereka untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun kesemua suspek cuba melarikan diri menyebabkan berlaku sedikit pergelutan," katanya selepas majlis pelancaran unit khas Amanita peringkat IPKKL di sini Khamis.

Akibat pergelutan itu, katanya, kesemua lelaki itu mengalami kecederaan di muka dan kepala.

Ku berkata hasil pemeriksaan terhadap kumpulan itu, pihaknya menemui dua pucuk pistol jenis Taurus dan Colt bersama satu kelopak peluru disyaki mainan di dalam dua beg sandang yang dibawa suspek.

Katanya turut ditemui sebilah kerambit yang dipercayai digunakan suspek untuk kegiatan samun.

"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api dan Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ku berkata polis sudah mengambil keterangan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai mempunyai masalah mental berhubung tindakannya menetak seorang lelaki cacat penglihatan di dalam sebuah restoran di Bangsar di sini Rabu.

Katanya suspek mempunyai rekod pesakit psikiatri dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, Ahmad Yaakob, 59, cedera di bahu kiri dan muka setelah ditetak lelaki itu berikutan salah faham semasa mereka berbual. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan