Polis Sedang Kumpul Bukti Kes Kematian Tiga Beradik - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci termasuk mencari petunjuk baharu kes kematian tiga beradik di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Ahad lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis memerlukan sedikit masa untuk mengumpul bukti dan yakin kes itu dapat diselesaikan.

"Berilah kami masa, InsyaAllah saya percaya kes ini akan dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes kematian tiga beradik itu, selepas menghadiri majlis sambutan Deepavali anjuran Kontinjen Polis Pulau Pinang di Pangkalan Polis Marin, di sini Khamis.

Dalam kejadian 1 Disember lepas, mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong pukul 3.45 petang selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat lalu.

Mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna ditemui kira-kira pukul 4.50 petang keesokkannya di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata pihak polis akan mengemas kini kertas siasatan kes Mohd Fahmi Alias, 20, yang didakwa terbabit merogol Nor Fazira Saad, 13, sebelum menikahi remaja itu tahun lalu.

"Kertas siasatan itu sudah ada dan akan dikemas kini sebelum dihantar kepada pihak Peguam Negara...saya percaya pihak Peguam Negara akan buat pertimbangan yang sebaik-baiknya untuk kepentingan semua pihak," katanya.

Pada 2 Disember lepas, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan polis membuka semula kertas siasatan kes dakwaan rogol itu sebelum membuat keputusan sama ada akan melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

Nor Fazira dan Mohd Fahmi yang bernikah pada 17 November 2012 setelah mendapat kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim disahkan bercerai pada 11 November lepas.

Kes perceraian pasangan muda itu mendapat perhatian akhbar apabila bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, membuat kenyataan bahawa anaknya telah dirogol tiga lelaki termasuk bekas suaminya itu dan ikatan dilakukan untuk menutup kesilapan tersebut, namun dinafikan Mohd Fahmi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan