Masyarakat Semakin Sedar Kepentingan Memerangi Jenayah -MCPF

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Hakikat bahawa jenayah kini menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia mencerminkan sikap orang ramai yang semakin sedar tentang kepentingan memerangi jenayah dan mengamalkan pendekatan sifar tolak ansur terhadap jenayah, kata naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata perkembangan ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ingin melihat lebih banyak usaha dilakukan bagi menangani jenayah dan mereka tidak lagi memandang ringan tentang perkara itu.

"MCPF menyambut baik perkembangan ini dan ingin melihat kebimbangan yang semakin meningkat ini diterjemahkan kepada peningkatan penyertaan orang ramai dalam program pencegahan jenayah serta kegiatan yang dianjurkan yayasan itu.

"Sepatutnya, lebih banyak rakyat Malaysia daripada semua kaum melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Lee, yang juga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, berharap lebih banyak rakyat Malaysia melibatkan diri dengan program dan kegiatan pencegahan jenayah anjuran persatuan penduduk, persatuan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan lain bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang langkah yang boleh dan perlu diambil untuk mencegah jenayah.

jektif akhirnya ialah untuk menyemai atau menyuntik budaya pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat agar tiada sesiapa pun memandang ringan tentang jenayah. Juga diperlukan ialah mewujudkan sikap sifar tolak ansur terhadap jenayah," katanya.

Lee berkata walaupun polis memikul tugas utama untuk mencegah jenayah, namun penyertaan aktif masyarakat memberi sumbangan yang amat penting untuk membolehkan jenayah dihapuskan dengan berkesan.

"Pencegahan jenayah secara berkesan memberi manfaat secara jangka panjang dari segi mengurangkan kos berkaitan sistem pengadilan dan kos lain yang timbul daripada jenayah," katanya.

Beliau berkata dalam usahanya untuk mengurangkan jenayah, anggota polis perlu dibekalkan dengan sumber yang mereka perlukan untuk berbuat demikian.

Sejajar dengan itu, katanya, langkah kerajaan menyediakan peruntukan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia melalui Bajet 2014, pastinya meningkatkan semangat anggota polis untuk memerangi jenayah.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan