Warga Vietnam Tebang Gaharu Direman Enam Hari

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Lelaki warga Vietnam, anggota sindiket menebang pokok gaharu di Hutan Simpan Kekal Bukit Mertajam, di sini semalam direman enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Jurucakap polis berkata Majistret Arif Mohamad Sharif memerintahkan lelaki berusia 36 tahun itu direman mulai Rabu.

"Perintah reman itu dipohon Jabatan Perhutanan Negeri bagi membolehkan mereka melengkapkan siasatan berhubung sindiket menebang pokok gaharu di hutan simpan berkenaan.

"Usaha mengesan anggota sindiket itu masih giat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Pada Selasa, seorang penguat kuasa Renjer Jabatan Perhutanan Pulau Pinang nyaris cedera diserang seorang lelaki warga Vietnam yang bertindak agresif selepas kawasan sindiket itu menebang pokok gaharu di Hutan Simpan Kekal Bukit Mertajam di sini, diserbu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Abdul Wahab Deraman berkata hasil intipan dan penyamaran empat pegawai dan anggotanya sejak empat hari lepas, pihaknya berjaya mengesan kawasan sindiket berkenaan beroperasi dan menyerbunya pada 10 pagi.

Beliau berkata berdasarkan maklumat terdapat enam lelaki Vietnam melakukan aktiviti menebang dan mencuri kayu gaharu di kawasan itu dan selepas pemantauan sepasukan penguatkuasa telah menyerbu kawasan berkenaan dan terdapat dua lelaki melakukan aktiviti terbabit.

Katanya seorang daripadanya berjaya melarikan diri manakala seorang lagi berusia 36 tahun bertindak agresif dan cuba menyerang anggota renjer dengan senjata tajam namun berjaya ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata pihaknya akan membantu Jabatan Perhutanan Negeri bagi mengesan anggota sindiket berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan