Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Di Sungai Klang

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Mayat seorang bayi lelaki yang bertali pusat dengan keadaan kepalanya pecah ditemui di Sungai Klang berdekatan kawasan Pengkalan Sungai Udang di sini Rabu.

Ketua Polis Dearah Klang Selatan, ACP Mohd Mat Yusop, berkata mayat bayi yang belum dikenalpasti identiti ditemui seorang penjaga pangkalan yang sedang mengutip tin kosong di tebing sungai itu pada kira-kira 9 pagi.

"Mayat bayi yang cukup sifat ditemui dalam timbunan sampah dalam keadaan terlentang dengan tidak berbaju," katanya.

Mat Yusop berkata pada awalnya, penjaga pangkalan berkenaan menyangkakan bayi itu sebagai anak patung.

Beliau berkata mayat bayi yang dipercayai meninggal dunia tiga hari lepas dihantar ke Makmal Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan membuang mayat dengan sulit, katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan