Lelaki Melecur Akibat Rumah Dibakar Abang Ipar

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Disebabkan masalah rumah tangga, seorang lelaki nekad membakar rumah keluarga isterinya di Taman Semarak, di sini pada Khamis menyebabkan adik iparnya parah akibat melecur.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun, melecur hampir 80 peratus.

"Mangsa cuba menghalang suspek yang berusia 52 tahun daripada membakar rumah mereka kerana marah dengan isterinya yang dikatakan enggan berbaik semula.

"Ketika cuba menghalang, mangsa tergelincir dan pada masa itu juga suspek menyalakan api sehingga menyebabkan mangsa turut terbakar," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata sebelum kejadian itu suspek mengambil dua tong berisi petrol dari keretanya dan menyimbah minyak itu ke rumah keluarga mangsa. Mangsa yang melihat tindakan suspek itu, cuba menghalang, namun tergelincir dan terbakar.

Awang Besar berkata bapa mangsa yang berusia 61 tahun turut mengalami kecederaan melecur di kaki akibat terkena api ketika cuba membantu anaknya.

"Siasatan awal mendapati suspek yang sedang dalam proses perceraian dengan isterinya berusia 40 tahun, pergi ke tempat kejadian untuk berbincang dengan isterinya," katanya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Besar Tawau di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan