Indeks Jenayah Di P.Pinang Menurun 3.2 Peratus

Diterbitkan: Khamis, 5 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Indeks jenayah di Pulau Pinang menurun sebanyak 3.2 peratus sejak Januari hingga 3 Dis lalu berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata penurunan itu adalah hasil pemantauan dan Ops Cantas serta kerjasama orang awam.

"Trend indeks jenayah di Pulau Pinang menurun sejak 2009 hingga 2012 dan untuk tahun ini sehingga Selasa lalu, sebanyak 3.2 peratus iaitu 251 kes menurun berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Saya percaya dengan kerjasama daripada orang ramai, kita mampu mencapai sasaran iaitu sebanyak lima peratus penurunan tahun ini," katanya kepada pemberita.

Abdul Rahim berkata berdasarkan statistik, jenayah harta benda menurun sebanyak 6.5 peratus tetapi kenayah kekerasan meningkat sebanyak 14.9 peratus.

Beliau berkata nombor hotline bagi Bilik Gerakan Kontijen Polis Pulau Pinang dan di lima daerah akan dipapar pada skrin besar elektronik berhampiran persimpangan masuk ke Auto-City Juru di sini.

"Nombor hotline akan dipapar pada setiap 10 minit. Saya difahamkan seramai 100,000 pengguna melalui kawasan berkenaan setiap hari dan paparan nombor hotline itu akan membantu mereka menyalurkan maklumat kepada polis jika berlaku sebarang jenayah atau sebagainya," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan