Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM15,000 Di Permatang Pauh

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki dan merampas serbuk dadah jenis heroin serta syabu seberat 136 gram bernilai RM15,000 dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Permatang Pauh, dekat sini Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan pukul 3 petang itu polis turut menemui sepucuk pistol semi automatik jenama Smith & Wesson Spring Field MS USA berserta dua butir peluru hidup.

"Kita telah menghantar senjata api itu untuk ujian balistik bagi mengetahui sama ada ia pernah digunakan atau tidak sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Katanya hasil risikan polis selama sebulan mendapati suspek berusia antara 25 dan 41 tahun itu telah berada di hotel berkenaan selama dua hari dan motif mereka menginap di situ masih disiasat.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Pulau Pinang dan Kedah itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah selama tiga bulan dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah.

Menurut Abdul Rahim kesemua lelaki terbabit ditahan reman sehingga Isnin depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan memiliki pistol dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 kerana mempunyai peluru hidup.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata polis Pulau Pinang bersiap siaga menghadapi ancaman banjir yang dijangka berlaku di kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah pada bila-bila masa.

Katanya seramai 450 anggotanya termasuk pegawai kanan dan ketua balai ditugaskan untuk menyelia banjir dan sebanyak 80 bot disediakan bagi kerja menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

"Kita nasihatkan penduduk yang terpaksa berpindah tidak bimbang keselamatan harta benda mereka kerana polis akan mempergiatkan kawalan keselamatan di kawasan terlibat," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan