Kereta Pelawat Terlanggar Kereta Rasmi PM Di Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.

"Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.

Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan