47 Pati Warga Indonesia Ditahan Cuba Seludup Keluar Dari Kota Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 4 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seramai 47 orang pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ditahan ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini menerusi Pantai Temalah, dekat Sedili Besar, di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata kesemua 35 lelaki dan 12 wanita itu ditahan kira-kira pukul 12.15 malam Rabu oleh sepasukan tujuh anggota polis.

"Kesemua mereka berjaya ditahan selepas polis melakukan intipan selama seminggu di belukar berhampiran pantai berkenaan yang menjadi tempat persembunyian rakyat Indonesia terbabit," katanya di sini, Rabu.

Mohd Nor berkata siasatan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) kerana keluar dari negara ini melalui pangkalan yang tidak diwartakan dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan