Wanita Ditemui Mati Ditikam Teman Lelaki Di Melaka - Berita Jenayah | mStar

Wanita Ditemui Mati Ditikam Teman Lelaki Di Melaka

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pekerja siber kafe ditemui mati dipercayai ditikam teman lelakinya di rumah suspek di Taman Limbongan Permai di sini, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian pada 4 pagi itu, Goh Meng Yee, 23, ditemui terlentang di atas tilam dengan kesan tikaman di perut di dalam bilik teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati wanita itu ditikam menggunakan pisau rambo yang turut ditemui bersebelahan mayat mangsa.

"Motif kejadian masih dalam siasatan namun mangsa dipercayai ditikam selepas berlakunya pergaduhan dengan suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, Isnin.

Beliau berkata teman lelaki mangsa kemudiannya dipercayai bertindak menikam diri sendiri menyebabkan kecederaan parah di bahagian perut selepas menikam mangsa.

Katanya tukang paip berusia 23 tahun itu yang cedera parah kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Salehhudin berkata lelaki tersebut akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan