Usaha Cari Dua Nelayan Hilang Di Laut Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Usaha mencari dan menyelamat dua lagi nelayan yang dilapor hilang di perairan Merchong dua hari lepas diteruskan pada Selasa dengan kawasan operasi diperluas sehingga ke perairan Endau, Rompin.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata anggota pasukan mencari dan menyelamat berdepan kesukaran kerana cuaca buruk yang menyebabkan keadaan laut berombak tinggi.

"Pasukan mencari dan menyelamat itu disertai Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia selain Unit Udara Tentera Udara Diraja Malaysia," katanya.

Mohamad Isa Awang Ngah, 65, dan anaknya Mohamad Asri, 17, dilapor hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Merchong, Pekan pada Ahad, manakala rakan mereka, Mohamad Sharil Zulkifli, 28, ditemui terdampar dalam keadaan lemah di pantai berhampiran sebuah resort di Rompin pada pukul 8 pagi Isnin.

Ketiga-tiga mereka dilapor keluar menangkap ikan dengan menaiki sebuat bot gentian kaca pada pukul 5.30 pagi Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan