Remaja Lelaki Korban Banjir di Kemaman, Seorang Kanak-Kanak Masih Hilang

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Banjir yang kini melanda Kemaman, Terengganu meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Padang Kubu, Kijal pada Isnin.

Menurut Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, beliau turut dimaklumkan seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam kejadian air pasang besar, juga di Kijal.

Berdasarkan laporan Bilik Gerakan Banjir daerah Kemaman, lebih 1,000 mangsa daripada 483 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kata Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, kepada pemberita di sini, Selasa.

Katanya Jabatan Penerangan telah dikerah ke semua kawasan terjejas bagi memastikan mangsa mendapat maklumat terkini berhubung bencana banjir di kawasan masing-masing.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara sudah membuat persediaan rapi dengan menghantar bekalan dan bantuan awal ke kawasan yang dikhuatiri akan terjejas banjir.

Selain Terengganu, banjir turut melanda Johor yang membabitkan 4,765 mangsa setakat ini dan Pahang dengan kira-kira 5,000 mangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan