Polis Terengganu Tubuh Pasukan Khas Buru Lima Suspek Kes Samun & Rogol

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menubuhkan pasukan khas bagi memburu lima lelaki yang aktif melakukan kegiatan samun dan rogol di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata pasukan itu ditubuhkan selepas menerima tiga laporan iaitu dua di Dungun dan satu di Kemaman.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku pukul 3 pagi Ahad lepas di Bukit Chatak, Dungun membabitkan tiga lelaki dan dua wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan apabila kereta yang dipandu pengadu berusia 20 tahun dihimpit dua kereta jenis Honda dan diarahkan berhenti.

"Seorang lelaki dari kereta itu keluar memperkenalkan diri sebagai polis dan kemudian memandu kereta pengadu sebelum merampas lima telefon bimbit milik pengadu dan rakan-rakannya," kata Manoharan kepada pemberita di sini.

Beliau berkata ketika tiba di Jalan Durian Mentangau pada pukul 4.15 pagi, suspek yang memandu Proton Satria milik pengadu bertindak melanggar sebuah Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun yang turut dinaiki abang dan kakak iparnya.

Menyedari keretanya dilanggar, lelaki itu memberhentikan kenderaannya dan suspek mengambil peluang memaksa kakak ipar pemandu itu supaya mengikut mereka serta merampas telefon bimbit wanita itu. kata Manoharan.

Bagaimanapun, wanita yang baru berkahwin itu bernasib baik kerana suspek meninggalkannya di tepi jalan selepas satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Suspek membawa dua wanita berusia 20 tahun itu ke sebuah rumah tumpangan di Jalan Kenanga lalu merogol mereka di situ. Dua lagi rakan suspek turut merogol mangsa dan selepas itu, pada pukul 10 pagi suspek membawa mangsa ke Durian Mentangau bagi urusan menukar nombor plat kenderaan.

"Ketika itulah mangsa mengambil kesempatan melarikan diri meminta bantuan daripada seorang penduduk di situ dan membuat laporan polis," kata Manoharan.

Selain laporan dua wanita itu, Manoharan berkata sepasang suami isteri turut membuat laporan bahawa keretanya dihimpit oleh kereta Honda kira-kira pukul 1.55 pagi semalam ketika berada di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal, Kemaman.

Bagaimanapun, pasangan yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu itu tidak berhenti dan berjaya melepaskan diri daripada suspek yang dipercayai daripada kumpulan sama.

Berikutan laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang merupakan ketua kumpulan berkenaan bersama rakannya, seorang warga Indonesia di rumah bapa saudaranya di Gong Pasir, Dungun, pukul 11.30 pagi hari sama dan merampas kereta Honda Civic yang digunakan untuk melakukan jenayah itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan