Nelayan Hilang Ditemui Selamat, Dua Lagi Masih Belum Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pahang semalam ditemui selamat di pantai berhampiran Rompin pagi Isnin manakala dua lagi yang turut dilaporkan hilang masih belum ditemui.

Mohamad Sharil Zulkifli, 28, ditemui terdampar di pantai berhampiran sebuah resort di Endau Rompin dalam keadaan lemah dan tidak bermaya oleh orang awam kira-kira 8 pagi Isnin dan dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman mangsa dipercayai terapung dengan pelampung sebelum dihanyutkan ke kawasan berkenaan.

"Bekas kakitangan Yayasan Pahang itu kini dalam keadaan terlalu lemah namun dilaporkan stabil dan polis kini dalam usaha mendapatkan keterangan kejadian sebenar daripada mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Yahya berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya bot yang dinaiki mangsa bersama dua lagi nelayan itu mengalami kerosakan sebelum terbalik di laut semasa menangkap ikan.

Mohamad Sharil Zulkifli dikatakan keluar pada jam 5.30 pagi semalam bersama jirannya, Mohamad Isa Awang Ngah, 65, dan anaknya, Mohamad Asri Mohamad Isa, 17, dari jeti Sungai Merchong menaiki sebuah bot jenis gentian kaca.

Bagaimanapun laporan kehilangan mereka bertiga dibuat isteri Mohamad Sharil, Norhafizah Abu Bakar, 23, di Balai Polis Nenasi kira-kira jam 8.33 malam semalam selepas suaminya masih tidak pulang ke rumah.

Yahya berkata usaha mencari dan menyelamat dua beranak yang hilang itu diteruskan oleh pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan