Tiga Beradik Mati Akibat Dibunuh - Polis

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis pada Ahad berkata, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipercayai akibat dibunuh.

Dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad.

Sementara kira-kira 3.45 petang Sabtu, mayat kakak mereka Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulu bahawa Noor Syafikah Nadia telah dirogol berdasarkan keadaan mayatnya yang separuh bogel semasa ditemui.

Beliau berkata, keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja itu mendapati tidak terdapat kesan rogol.

Walaupun terdapat unsur lemas dari hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu, namun terdapat elemen yang meragukan dan bukannya disebabkan lemas biasa, katanya.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma akan dibuat secepat mungkin untuk mengetahui punca sebenar kematian mereka.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam yang berhampiran.

Menurut Ahmad, motosikal tersebut berada dalam keadaan baik dan berkunci di pondok menunggu bas Sekolah Kebangsaan Gelam.

Polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mayat Nur Izzati Husna yang tidak dapat dipastikan pemiliknya, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan