Suspek Bunuh Nenek 74 Tahun Dipercayai Warga Asing

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang nenek berusia 74 tahun dan rompakan kedai runcit miliknya di Jalan Jelawat, Taman Banang, pada Jumaat lepas dipercayai warga asing.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek, yang merupakan seorang lelaki itu berkemungkinan bertindak sendirian dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi.

"Daripada rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh, suspek menunggang basikal dan meninggalkannya di tepi kedai runcit sebelum menuju ke arah belakang.

"Ini mungkin kes jenayah oportunis," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup kejohanan badminton Ketua Polis Johor oleh Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim di sini, Sabtu.

ACP Din berkata siasatan sedang dijalankan dan menggesa saksi supaya tampil.

Pada 22 November lalu, mayat Lau Pow Ling ditemui kira-kira pukul 9.00 pagi oleh dua anak lelakinya.

Polis berkata, keluarga Lau bimbang selepas mereka cuba menghubunginya dari pukul 6.30 pagi, tetapi semua panggilan tidak dijawab.

Apabila mereka pergi ke kedai, mereka mendapati mangsa tidak bertindak balas dengan kecederaan di bahagian kepala dalam sebuah bilik di belakang premis itu.

Dia dipercayai telah dipukul dengan kayu besbol.

Terdapat lubang pada bahagian siling kedai dan kaunter di kedai ini telah digeledah.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan