Polis Masih Buru 10 Lagi Individu Bantu Siasatan Kes Bunuh Pegawai Jaip

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis masih memburu 10 individu lagi untuk membantu siasatan dalam kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho berkata, walaupun polis percaya bahawa mereka telahpunmenyelesaikan kes pembunuhan Ahmad Rafi dengan penangkapan 13 individu, polis masih mencari sepuluh lagi yang dipercayai merupakan pengikut ketua kumpulan ajaran Tuhan Harun.

"Kami percaya dengan tertangkapnya 10 orang ini, menjadikan jumlah tangkapan 13 termasuk dua wanita, dengan rampasan pistol separa automatik , kes pembunuhan Ahmad Rafli dianggap selesai.

"Bagaimanapun, polis akan mengesan 10 lagi individu untuk membantu siasatan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu ini perlu menghubungi polis," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Polis Diraja Malaysia (PDRM) Facebook pada Sabtu.

Hadi berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu terbabit boleh menghubungi DSP Zakaria 019-3822020, ASP Zukri 013-9764999 atau Inspektor Mohd Hasni 016-4888025.

Hadi turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai mengenai sokongan mereka untuk membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Dilaporkan kes pembunuhan Ahmad Rafli telah selesai dengan tertangkapnya 13 orang termasuk dua wanita.

Semua suspek yang ditangkap adalah pengikut Tuhan Harun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tulisan di twitterya berkata, tangkapan itu dibuat dalam satu operasi.

Ahmad Rafli, 49, ditembak mati di rumahnya di Indera Mahkota 2 di Kuantan pada 10 November lalu.

Para pengikut Tuhan Harun dipercayai terlibat dengan pembunuhan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan