Polis Perak Lupus Dadah Bernilai RM3.3 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM3.3 juta melibatkan 3,582 kes pemilikan dadah dari tahun 2000 hingga 2010.

Timbalan Pengarah 3 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman SAC Jamaludin Kudin berkata pelupusan dadah ini julung kalinya dilaksanakan secara berkelompok melibatkan 15 daerah di Perak.

"Kesemua dadah ini dilupuskan setelah semua pesalah selesai dibicarakan dan tempoh rayuan bagi kes mereka telah tamat. Semua barang kes berkaitan mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan," katanya kepada pemberita selepas pelupusan dadah Kontinjen Perak 2013 di Pasukan Gerakan Am Briged Utara, Ulu Kinta di sini.

Antara barang kes yang dilupuskan melibatkan ganja (29,055 gram), heroin (14,701 gram), syabu (844 gram), pil eramin5 (41,175 gram), pil estacy (7,752 gram), pil yaba estacy (169 gram), pil psikotropik (9330 gram), daun ketum (1,186 kilogram), air ketum (383,610 liter) dan ubat batuk (260,931 liter), katanya.

Jamaludin berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas, JSJN Perak menangkap seramai 1,361 orang terlibat dalam kes bekalan dadah dan 2,416 kes berkaitan permintaan dadah.

"Jumlah rampasan dadah dan barangan yang disita pula masing-masing berjumlah RM3.8 juta," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan