Tiga Sekeluarga Maut, Seorang Parah Dalam Nahas di Pekan

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 40 Jalan Pekan-Rompin dekat sini, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata mangsa yang maut dalam kejadian pukul 5.30 petang itu adalah penumpang hadapan Perodua Kancil, Rosmah Othman, 47, dan dua anaknya Mohd Haikal Syukri Razali, 19, yang juga pemandu kereta itu dan Norzafirah Razali, 12, penumpang di belakang.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa yang beralamat di Taman Wawasan 1, Endau, Rompin meninggal dunia di tempat kejadian.

Yahaya berkata seorang lagi penumpang, anak Rosmah bernama Nurul Najila, yang berusia tujuh tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Pekan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemalangan berlaku ketika kereta Kancil tu dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Rompin dan ketika di tempat kejadian kereta itu masuk ke laluan bertentangan," katanya.

Pada masa yang sama, sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak kereta mangsa dan menyebabkan mereka bertembung. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan