Polis Rampas Dadah Bernilai RM1.1 Juta Didalangi Rakyat Singapura

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis percaya dapat menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa apabila merampas pelbagai jenis dadah sintetik bernilai RM1.1 juta dan menahan lima anggota sindiket dalam tiga serbuan di sekitar bandar ini Jumaat lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu didalangi seorang lelaki dipercayai warga Singapura berumur 33 tahun yang turut memiliki MyKad serta pasport Indonesia dan Korea Selatan.

Beliau berkata, serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Dalam serbuan pertama di sebuah unit rumah pangsa di Paya Terubong pada 10.40 malam Jumaat lepas, polis menahan seorang lelaki dan merampas 4.8 kilogram syabu, 42.7 gram ketamin, 2 gram heroin dan 50 kilogram 'precursor' (serbuk untuk campuran dadah sintetik), katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Katanya, rumah pangsa berkenaan dipercayai dijadikan pusat pemprosesan dan pengedaran dadah untuk pasaran tempatan dan luar negara sejak enam bulan lepas.

Abdul Rahim berkata, susulan penahanan lelaki terbabit, polis kemudiannya menahan empat lagi anggota sindiket termasuk lelaki rakyat Singapura itu dan dua wanita China dalam serbuan di sebuah rumah, masing-masing di Jelutong dan di Tanjong Tokong di sini.

"Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Jelutong, polis menahan seorang lelaki manakala dalam serbuan ketiga di sebuah rumah di Tanjong Tokong pula, polis menahan seorang lagi lelaki warga Singapura dan dua wanita warga China," katanya.

"Kita sedang menyiasat status sebenar kewarganegaraan lelaki Singapura itu kerana dia menggunakan identiti palsu. Dia menggunakan nama yang berbeza dalam setiap dokumen pengenalan dirinya," kata beliau.

Abdul Rahim berkata, siasatan polis mendapati kegiatan sindiket itu mempunyai kaitan dengan penahanan seorang lelaki tempatan di China dan penemuan dadah bernilai RM14.6juta dalam sebuah pangsapuri di Jelutong 2 November lepas.

Beliau berkata, polis turut menyita dua buah kenderaan, wang tunai RM9,730, barangan kemas dan beberapa utas jam tangan berjenama mewah dianggarkan bernilai RM212,000.

Kesemua suspek berumur antara 22 dan 39 tahun ditahan reman sehingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan