Lelaki Warga India Ditahan, Sorok 44.95kg Dadah Di Bawah Bungkusan Inai Rambut

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tindakan seorang lelaki warga India menyorokkan 44.95kg Methamphetamine di bawah bungkusan inai rambut di dalam bagasinya terbongkar apabila dia ditahan pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad rampasan dadah bernilai RM8.54 juta itu yang dilakukan Rabu lepas merupakan rampasan terbesar KDRM bagi tahun ini.

Beliau berkata lelaki berumur 30-an yang menaiki pesawat dari Chennai, India itu ditahan kira-kira pukul 7.30 pagi setelah pemeriksaan dibuat ke atas dua buah bagasinya iaitu tempat lima bungkusan dadah itu disimpan.

"Lelaki itu membungkus dadah tersebut di dalam plastik hitam sebelum menyorokkannya di bawah bungkusan inai rambut bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini Isnin.

Beliau berkata, siasatan mendapati untuk tahun ini sahaja, suspek yang merupakan penjual barangan elektrik telah 16 kali keluar dan masuk negara ini dan hanya tinggal di sini untuk dua atau tiga hari sahaja.

Khazali berkata, siasatan KDRM menjurus sama ada suspek menjalankan kegiatan tersebut secara bersendiri atau mempunyai sindiket di Malaysia.

"Lelaki itu kini ditahan selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya.

Beliau berkata, JKDM turut membuat pemerhatian mengenai trend kemasukan penyeludupan dadah yang pada tahun ini banyak dilakukan warganegara India.

Katanya, modus operandi penyeludupan juga ditukar dengan menjadikan KLIA sebagai lapangan terbang persinggahan sebelum mengambil penerbangan sambungan ke lapangan terbang lain di negara ini menggunakan penerbangan domestik.

"Mereka menganggap bila menukar 'flight' di KLIA kita tidak akan memeriksa bagasi mereka di lapangan terbang lain," katanya.

Sementara itu, Khazali berkata sejak awal tahun ini sehingga November, KDRM berjaya mematahkan 120 percubaan penyeludupan/pengedaran dadah pelbagai jenis yang bernilai RM114 juta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, katanya, 61 kes dengan rampasan bernilai RM25.05 juta berjaya dipatahkan di KLIA.

Kes kedua terbesar untuk tahun ini ialah di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada 14 Ogos lepas melibatkan rampasan 20kg dadah bernilai RM3.8 juta, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan