Tukang Gunting Cedera Ditetak Dengan Kapak - Berita Jenayah | mStar

Tukang Gunting Cedera Ditetak Dengan Kapak

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang tukang gunting rambut warga India cedera ditetak dengan sebilah kapak oleh pelanggannya, seorang lelaki tempatan dalam sebuah premis di Desa Mutiara Indah, Batu Maung, dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu mangsa menggunting rambut suspek dan selepas selesai dia mendakwa rakannya akan datang membayar wang upah kepada mangsa.

"Bagaimanapun selepas menunggu selama 15 minit rakan yang dikatakan itu tidak datang sebaliknya suspek meminta wang kepada tukang gunting itu tetapi permintaannya tidak dilayan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Berang dengan jawapan tukang gunting itu, suspek mengeluarkan sebilah kapak bersaiz kecil dan menetak kepala, bahu, tangan dan belakang badan mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Mangsa dikenali sebagai Semanathan, 30-an menerima lebih 30 jahitan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang di sini.

Katanya polis menghadapi kesukaran untuk mengesan suspek kerana tiada saksi melihat kejadian itu selain premis berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup. Mohd Hatta berkata polis dalam proses melakar fotofit suspek. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan