Tiga Warga Bangladesh Kerugian RM9,000 Wang Simpanan Dicuri Rakan Serumah

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Tiga buruh warga Bangladesh kerugian kira-kira RM9,000 setelah wang simpanan mereka dilarikan rakan serumah di Jalan Gong Pasir Dungun, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ketiga-tiga mangsa yang berusia 20-an itu, bagaimanapun hanya menyedari kehilangan wang berkenaan pada kira-kira 7.30 pagi, selepas melihat beg pakaian mereka berselerak.

Katanya, pada mulanya ketika terjaga daripada tidur pada kira-kira 5.30 pagi, pengadu mendapati seorang daripada rakan mereka tiada di tempat tidur namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Namun, selepas tersedar pagi itu, mereka yang tinggal berempat di rumah berkenaan, terkejut setelah melihat beg pakaian mereka berselerek diselongkar serta mendapati wang simpanan telah lesap," katanya kepada Bernama Ahad.

Berang dengan insiden berkenaan, ketiga-tiga mangsa bertindak mencari rakan mereka yang dikenali sebagai Burhan, namun gagal menemuinya.

Ahmad Zailani berkata polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut seksyen 453 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan