Sembilan Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUSNAH… Api yang sedang marak memusnahkan sembilan buah rumah papan dalam satu kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar, Tawau sekitar 8.30 pagi, Ahad. Kelihatan anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengawal kebakaran dari terus merebak. -FotoBERNAMA
MUSNAH… Api yang sedang marak memusnahkan sembilan buah rumah papan dalam satu kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar, Tawau sekitar 8.30 pagi, Ahad. Kelihatan anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengawal kebakaran dari terus merebak. -FotoBERNAMA

TAWAU: Sembilan buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar di sini, pagi Ahad, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzeh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.32 pagi dan pihaknya sampai ke tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian.

"Seramai 22 anggota dan dua buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.28 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sementara itu, seorang daripada mangsa, Jufri Latip, 56, berkata ketika kejadian dia berada di bandar Tawau untuk membeli barang keperluan harian.

"Saya turun ke bandar sekitar pukul 7 pagi untuk membeli barang dan ketika balik ke rumah saya nampak asap berkepul-kepul dari arah kawasan rumah saya," katanya.

Bagaimanapun Jufri yang menetap di situ sejak lapan tahun lepas bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya selamat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan