Remaja Lemas Ketika Mandi di Tali Air

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Seorang remaja berusia 13 tahun lemas ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di sebuah tali air di Kampung Berangan di sini, Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat Raja Arisan Raja Ismail berkata mayat Muhamad Aimi Abdul Rahman ditemui selepas kira-kira dua jam pihaknya melakukan operasi mencari dan menyelamat.

"Sebaik menerima panggilan pada 5.37 petang, dua anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari balai ini dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa. "Mereka mengambil masa kira-kira dua jam sebelum menemui mangsa terlekat di celah kayu dalam tali air itu, iaitu 25 meter dari tempat mangsa lemas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad

Raja Arisan berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tumpat di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berangan. Sementara itu, rakannya Aiman Afzan Mat Taib, 11, berkata Muhamad Aimi terjun ke dalam tali air itu untuk mendapatkan batang paip yang digunakan mereka untuk bermain. "Saya nampak dia (mangsa) terjun berenang ke arah bawah jambatan kemudian terus tidak timbul-timbul," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Kakak mangsa, Nur Safira Abdul Rahman, 20, berkata aktiviti mandi di tali air itu merupakan rutin bagi adiknya bersama rakan-rakannya.

"Arwah pergi ke tali air itu bersama adik Mohd Adli tetapi Mohd Adli hanya memerhatikan abang dan rakan-rakannya mandi," katanya.

Mangsa adalah anak kelapan daripada 10 beradik dan belajar dalam Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan