Peniaga Kuih Maut Ditikam Rakan di Pasir Puteh

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Seorang peniaga kuih maut selepas ditikam beberapa kali dengan objek tajam disyaki oleh rakannya dalam satu pergaduhan di Kampung Nara di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata Mohd Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh di sini.

"Mangsa ditikam bertalu-talu di rusuk, pinggang dan bahagian kaki dalam pergaduhan pada kira-kira 6 petang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Ahad.

Pada mulanya, mangsa ditikam di rusuk kiri ketika bertengkar dengan suspek dalam sebuah kereta setelah beliau enggan keluar dari kereta berkenaan.

Sejurus keluar dari kereta sambil diikuti suspek, Mohd Azizi jatuh dan berlaku pergelutan dengan suspek hingga beliau ditikam bertalu-talu.

Mohd Kamal berkata polis telah mengenal pasti suspek yang berusia 38 tahun dan sedang mengesannya.

Sementara itu, isteri mangsa Zailiah Shafie, 39, ketika ditemui di hospital itu berkata kali terakhir beliau menemui suaminya ialah 10 minit sebelum kejadian.

Beliau tidak menyangka pesanan supaya menjaga tiga anak mereka dan menyiapkan rumah yang sedang dibina adalah perbualan terakhirnya dengan suami.

Anak mangsa, Mohd Amer Farhan, 15, yang menuntut dalam Tingkatan Tiga di Maktab Rendah Sains Mara, Pasir Tumbuh, berkata beliau sempat berbual dengan bapanya ketika menonton televisyen di rumah mereka kira-kira 3 petang semalam.

"Saya tidak tahu bagaimana nasib kami sekeluarga selepas kematian bapa," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan