Budak Lelaki Enam Tahun Berjaya Lepaskan Diri Dari Cengkaman Penculik

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Budak lelaki yang nyaris menjadi mangsa culik ketika disoal siasat di balai polis, Ahad.
Budak lelaki yang nyaris menjadi mangsa culik ketika disoal siasat di balai polis, Ahad.

KUALA LUMPUR: Kepantasan seorang budak lelaki berusia enam tahun berfikir membolehkan dia berjaya melarikan diri daripada cengkaman penculik atas kehendaknya sendiri apabila dia bertindak berlari meluru keluar dari LRT yang dinaiki.

Menurut kanak-kanak itu, dia telah ditangkap oleh seorang lelaki yang memakai topeng ketika dia sedang bermain dengan kawan-kawannya di luar flat di Bangsar pada Ahad.

Dia telah dibawa menaiki LRT dan selepas beberapa perhentian, dia telah mengumpul keberanian dan berlari meluru keluar sebaik sahaja pintu dibuka ketika kereta api berhenti di stesen Taman Melati kira-kira pukul 4 petang.

Budak lelaki itu hanya berhenti berlari apabila melihat seorang pegawai polis bantuan.

"Saya mahu lari tetapi saya takut. Tetapi apabila saya melihat pintu terbuka dan dia sedang melihat tempat lain, saya hanya berlari keluar selaju yang mungkin," katanya sambil menambah lelaki itu tidak mengejarnya.

Katanya, terdapat ramai orang di sekelilingnya tetapi dia tidak berani meminta bantuan kerana bimbang lelaki itu akan mengapa-apakannya.

Kanak-kanak itu kelihatan bersemangat tinggi dan berkata polis telah memberikan minuman dan mi untuk makan malam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan