20 Motosikal, Sebuah Kereta Hangus Selepas Tiga Bengkel Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 motosikal dan sebuah kereta jenis Mercedes Benz milik pelanggan hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran melibatkan tiga deretan bengkel di Jalan Semarak di sini, Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata tiga daripada tujuh bengkel yang terletak berhampiran PPR Sungai Bonus itu merupakan bengkel motosikal, kereta dan kimpalan.

"Kebakaran berlaku pukul 5.40 petang dan bomba menerima panggilan dua minit kemudian. Enam jentera dengan kekuatan 32 anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati api sedang marak," katanya.

"Api dikawal pukul 6.15 petang dan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 6.40 petang.

"Kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta Mercedes Benz hangus 70 peratus manakala 20 motosikal hangus sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Azizan berkata punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, pemilik bengkel motosikal, Mohd Fadhil Jamail berkata beliau mengalami kerugian dianggarkan RM50,000.

Sebelum kejadian, kira-kira pukul 2.30 petang saya datang ke bengkel... kemudian saya keluar pergi makan dengan keluarga selepas menutup bengkel dan mendapat panggilan telefon daripada rakan beberapa jam kemudian memaklumkan kejadian itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan