Nenek Berusia 74 Tahun Ditemui Mati Di Kedai Runcit Miliknya

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Seorang nenek berusia 74 tahun dirompak dan dibunuh kedai runcit miliknya di Jalan Jelawat di Taman Banang di sini.

Mayat Lau Pow Ling ditemui kira-kira pukul 9 pagi oleh dua anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Din Ahmad berkata keluarga Lau bimbang selepas mereka cuba menghubungi mangsa dari pukul 6.30 pagi tetapi semua panggilan tidak terjawab.

Apabila mereka pergi ke kedai, mereka menemui mayat mangsa di dalam sebuah bilik di belakang premis itu.

"Mereka berulang kali mengetuk pintu yang dikunci dari dalam, dan terpaksa membukanya selepas tiada siapa yang menjawab.

"Mereka mendapati mangsa sudah tidak bertindak balas dengan kecederaan di bahagian tengkorak.

"Dia dipercayai telah dipukul dengan kayu besbol," katanya.

ACP Din berkata terdapat lubang di bahagian siling dan kaunter di kedai itu telah digeledah.

Unit K9 dan forensik dari ibu pejabat polis Johor telah dihantar ke tempat kejadian untuk membantu siasatan.

Difahamkan mangsa tinggal bersendirian di kedai yang telah ditinggalkan kepadanya oleh arwah suaminya.

Saudara-mara dan rakan-rakan dilihat menunggu dengan cemas di luar kedai ketika polis menjalankan siasatan.

Menurut seorang saudara yang tidak mahu dikenali, keluarga Lau telah merancang untuk membawanya keluar untuk bersarapan pagi pada Jumaat kerana ia merupakan hari cuti umum bagi negeri ini.

"Mengapa seseorang boleh bertindak begitu kejam kepada warga emas," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan