Ketua Kumpulan Samun & Curi Kenderaan Geng Vinod Diberkas

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang suspek dipercayai ketua kumpulan samun dan curi kenderaan 'Geng Vinod' berjaya diberkas polis pagi ini selepas menyembunyikan diri setelah melepaskan tembakan ke arah polis di Selayang di sini, malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata suspek diberkas kira-kira 9.30 pagi ini ketika bersembunyi di kawasan rumah orang awam di Taman Titiwangsa di sini.

Suspek yang cedera di belakang terkena tembakan dilepaskan polis ketika mengejarnya kini dirawat di Hospital Selayang, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Katanya dalam kejadian kira-kira 8.30 malam tadi, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Wish bersama seorang wanita bertindak merempuh kereta peronda polis dan melepaskan beberapa das tembakan ketika polis cuba menahan mereka ketika melakukan samun di Selayang.

Bertindak hasil maklumat daripada anggota polis peronda yang diserang itu, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Sentul memburu dua suspek berkenaan dan kira-kira 1.30 pagi terserempak dengan mereka lalu mengejar sehingga ke Lorong 3, Taman Titiwangsa, di sini sebelum kereta suspek terbabas.

Wanita berusia 21 tahun itu berjaya ditahan di dalam kereta itu manakala suspek meloloskan diri sebelum berjaya ditahan pukul 9.30 pagi ini ketika bersembunyi di kawasan rumah orang awam di sekitar tempat kejadian, katanya.

Ku berkata semasa insiden mengejar penjenayah itu polis turut melepaskan satu das tembakan dan terkena belakang badan suspek.

"Dalam insiden malam tadi, suspek turut melanggar seorang orang awam semasa melalui kawasan Sentul," katanya.

Beliau berkata kumpulan Geng Vinod dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan