Harun, Ketua Ajaran Sesat Stabil Di HTAA

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata lelaki itu dilapor berada dalam keadaan stabil.

"Pada masa ini dia masih menerima rawatan di wad HTAA dan masih memerlukan pemerhatian doktor," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Sabtu.

Pada Khamis lepas, Harun, 47, dikejarkan ke HTAA selepas mengalami simptom angin ahmar ketika dalam tahanan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Lelaki itu yang diberkas di Tangkak, Johor pada 20 November lepas, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 November ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik yang ditembak di rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini pada 10 November lalu.

Turut direman bagi membantu siasatan kes itu ialah isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandu Harun Nor Hairi Harun, 41.

AhmadRaffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan Syiah. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan