Anak Tokoh Korporat Ditemui Rentung Di Balkoni Kondo

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak lelaki seorang tokoh korporat ditemui mati dalam keadaan rentung 80 peratus di balkoni sebuah kondominium di Taman Tun Dr Ismail di sini awal hari Sabtu.

Mayat mangsa berusia 20 tahun itu, ditemui ibunya pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga dari tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.

Menurut sumber polis, ibu mangsa kemudiannya cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya dalam keadaan rentung dan tertiarap. M angsa merupakan pelajar jurusan ekonomi dan politik sebuah universiti luar negara.

Turut ditemui di tempat kejadian, dua tin disyaki mengandungi petrol, sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada rakannya mengatakan 'see you in other side' (jumpa anda di dunia lain).

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kematian anak tokoh itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan