UPP Perlis Tahan Tiga Kenderaan Miliki Tangki Minyak Tambahan

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan tiga buah kereta Proton Saga yang diubah suai untuk kegiatan menyeludup petrol di sebuah stesen minyak di Repoh dekat sini, Jumaat.

Komander UPP kawasan Chuping ASP Syed Basri Syed Ali berkata ketiga-tiga kenderaan serta pemandunya ditahan kira-kira pukul 6 pagi oleh sepasukan anggota risik UPP yang mengadakan Ops Kawalan di kawasan itu.

Katanya ketiga-tiga pemandu itu yang berumur antara 32 hingga 35 tahun tidak melarikan diri semasa ditahan namun seorang daripadanya dibebaskan lebih awal kerana belum sempat mengisi petrol kenderaannya.

Bercakap pada sidang media di Kem UPP Chuping, beliau berkata hasil pemeriksaan, pihaknya menemui 540 liter petrol bernilai RM1,134 yang diisi di dalam tangki tambahan dan tiga tong plastik putih di dalam sebuah daripada kenderaan itu.

UPP turut menemui 170 liter petrol bernilai RM357 di dalam tangki tambahan sebuah lagi kenderaan.

Syed Basri berkata ketiga-tiga kenderaan itu diubah suai dengan mewujudkan tangki minyak tambahan di tempat duduk belakang serta bahagian but kenderaan itu.

Beliau percaya ketiga-tiga kenderaan itu digunakan untuk mengangkut minyak yang dibeli dari stesen minyak pada awal pagi sebelum dibawa ke lokasi tertentu untuk diseludup ke Thailand menggunakan kenderaan pikap.

Menurutnya siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan itu masing-masing pernah disaman tiga kali sebelum ini kerana kesalahan mengubah suai kenderaan dengan membuat tangki minyak tambahan.

Menurutnya kes itu dirujuk kepada pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis untuk tindakan lanjut.

Syed Basri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan