Polis Tahan Penunggang Motosikal, Rampas Pistol Dan 50 Butir Peluru - Berita Jenayah | mStar

Polis Tahan Penunggang Motosikal, Rampas Pistol Dan 50 Butir Peluru

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis merampas sepucuk pistol dan 50 butir peluru daripada seorang lelaki tempatan yang ditahan ketika membonceng sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Maharajalela di sini Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan polis peronda pada 9.45 malam dan hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol jenis Parabellum Calliber 9mm dalam beg sandangnya.

Beliau berkata polis turut menemui 700 biji pil disyaki ecstasy yang dibungkus dalam plastik kecil, 50 butir peluru dalam sebuah kotak kecil, senaskhah majalah dan sebuah kotak berisi duit syiling.

Ku berkata siasatan lanjut di rumah suspek pada 1.30 pagi di Taman Cheras Mas pula membawa kepada penemuan 300 biji pil disyaki ecstasy, selain dua pisau lipat, kad peminjam wang dan buku lejar.

"Berdasarkan barangan rampasan, kami tidak menolak kemungkinan lelaki ini anggota sindiket pengedaran dadah," katanya ketika dihubungi Jumaat.

Beliau berkata suspek, yang memiliki rekod jenayah lampau, ditahan reman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1960. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan