Polis Sabah Rampas 10Kg Methamphetamine Bernilai RM2.4 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah merampas kira-kira 10 kilogram dadah jenis methamphetamine atau syabu bernilai RM2.4 juta dalam dua serbuan, tiga hari lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata hasil maklumat orang awam, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Taman Nelly, Inanam pada 19 Nov lepas pada kira-kira 9.30 malam dan menahan seorang lelaki berumur 32 tahun yang baru keluar dari sebuah kereta di depan rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati beg yang dibawa lelaki itu mengandungi dua bungkusan dadah disyaki jenis syabu dengan jumlah berat kasar 1,001 gram atau satu kilogram," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata pemeriksaan di bilik utama rumah itu menemui sebuah beg mengandungi bungkusan berisi hablur jernih, disyaki syabu, dengan anggaran berat kasar 85 gram dam polis menahan seorang lelaki warga Brunei berumur 35 tahun, yang cedera di kedua-dua pergelangan kaki ketika cuba melarikan diri.

Polis turut merampas peralatan menghisap dan membungkus syabu iaitu keratan kerajang aluminium, straw, pemetik api yang diubah suai dan alat timbang.

Sementara itu, Hamza berkata serbuan ke atas sebuah kondominium di 1Borneo semalam pada 12.20 malam membawa kepada penemuan 8,917 gram methamphetamine yang disimpan dalam sebuah beg pakaian di bilik utama kondominium berkenaan.

"Polis turut merampas tiga buah kereta dan sebuah motosikal yang mempunyai nombor pendaftaran negara Brunei yang dianggar bernilai RM630 ribu. Lelaki dari Brunei itu juga amat dikehendaki pihak berkuasa Brunei," katanya - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan