Pasangan Kembar Diberkas Bantu Siasatan Samun Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis memberkas sepasang kembar wanita yang dipercayai ada kaitan dengan dua kes samun dan melarikan kenderaan di bandar raya ini dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt M. Chandra berkata pasangan kembar berusia 23 tahun tersebut ditahan pada 15 Nov lepas di Ulu Putatan, ketika menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dilapor dilarikan pada 7 November.

"Kedua-dua wanita itu ditangkap susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 59 tahun selepas keretanya dilarikan oleh seorang lelaki ketika mangsa meletak kereta di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu pada 6.20 pagi.

"Suspek memasuki keretanya dan mengugut mangsa dengan parang sebelum menolaknya keluar dan melarikan kereta itu," katanya dalam sidang media, di sini Jumaat.

Siasatan awal terhadap kedua-dua wanita mendapati mereka mempunyai kaitan dengan dua lelaki yang melarikan sebuah lagi kereta jenis sama di hadapan kompleks membeli-belah Suria pada 9 November, katanya.

Beliau berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa seorang wanita warga China, turut dilarikan bersama-sama dengan kereta tersebut sebelum ditinggalkan dia di pekan Telipuk, kira-kira 15 kilometer dari sini.

Mangsa yang berusia 38 tahun itu turut kehilangan barangan berharga serta wang tunai berjumlah RM4,000 selain mengalami kecederaan kerana bergelut dengan suspek, katanya.

Chandra berkata kereta itu yang sebenarnya disewa oleh mangsa ditemui semula empat hari kemudian dalam keadaan baik di hadapan Bangunan 1Borneo.

Beliau berkata polis kini memburu kedua-dua lelaki berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Azwal Azman di talian 0136979468. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan