Mayat Wanita Ditemui Di Tepi Jalan

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KES BUNUH...Anggota polis sedang menjalankan siasatan terhadap mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh, ditemui terbaring di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di Seremban pada Jumaat. Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam pada kira-kira pukul 7.30 pagi. Pemeriksaan polis mendapati mayat wanita itu dipercayai berbangsa Cina, berseluar pendek dan berbaju-T.-Foto BERNAMA

SEREMBAN: Mayat seorang wanita, dipercayai mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

"Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi. Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T mungkin berketurunan Cina," katanya kepada Bernama.

Zainal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan