Mangsa Perhambaan Di London Didera Fizikal Dan Emosi - Polis British

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mangsa kes perhambaan di Lambeth yang melibatkan seorang wanita Malaysia berusia 69 tahun dan dua yang lain sering dipukul, dedah Polis Metropolitan dalam satu sidang akhbar, Jumaat.

Menurut laporan media British, mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Pihak polis telah dipetik sebagai berkata mereka perlu mengetahui apakah "gari yang tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.

Tiada bukti penderaan seksual, kata mereka, sambil menambah, ketiga-tiga mangsa dan dua suspek akan muncul sebagai sebuah keluarga yang normal apabila berdepan dengan orang luar.

Pihak polis juga berkata bahawa tidak ada bukti yang mangsa telah diperdagangkan.

Pada masa ini, kedua-dua suspek yang berusia 67 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita masih belum pulang ke rumah mereka di Lambeth.

Mereka juga didakwa dengan kesalahan berkaitan imigresen dan sebelum ini ditangkap pada tahun 1970 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan