Kes Culik Di Semporna: KPN Yakin Mangsa Masih Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Polis yakin pelancong Taiwan yang diculik, Chang An Wei, 58, masih selamat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid mendedahkan polis agak pasti bahawa Chang masih hidup walaupun dia masih berada di tangan kumpulan penculik memandangkan polis telah memperolehi rakaman perbualan dengan orang yang menangkapnya tetapi tidak mengulas lanjut mengenai rakaman berkenaan.

"Kami agak yakin bahawa dia berada dalam keadaan selamat kerana kita mempunyai rakaman perbualan dengan orang yang menangkapnya," kata Khalid yang tidak mengulas lanjut mengenai perbualan tersebut, Khamis.

"Pegawai-pegawai kami di Manila akan membincangkan beberapa perkara dengan pihak berkuasa Filipina dan wakil-wakil dari Taiwan. Kami sedang melakukan apa sahaja yang boleh untuk memastikan keselamatannya," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan skuad elit baharu Jabatan Siasatan Jenayah yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Khas Mengenai Jenayah Terancang atau STAFOC.

Polis Malaysia sebelum ini enggan mengesahkan bahawa permintaan wang tebusan telah dibuat tetapi perunding yang telah mengendalikan kes-kes penculikan lalu berkata jumlah yang diminta biasanya dalam mata wang dolar Amerika dan jumlahnya sangat tinggi.

Chang telah diculik dari resort di Pulau Pom Pom pada 15 November lalu.

Mereka belum lagi mengenal pasti kumpulan bersenjata terbabit dan tidak pasti jika kumnpulan lelaki bersenjata berada di Tawi Tawi atau pulau-pulau Jolo di selatan Filipina.

Kumpulan lelaki bersenjata memasuki resort di Pulau Pom Pom awal pagi Jumaat, menembak mati suami Chang, Hsu Li Min, 57, sebelum membawa lari beliau ke selatan Filipina.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan